Khamis, 26 Mac 2009

HANTU









Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.
Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.JerangkungDia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.
Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.
Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja ... .. heheheheheLEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!!

Isnin, 9 Mac 2009

DUN DI MALAYSIA

Buatlah pilihan yang tepat!
DUN yg paling sejuk,DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg.Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody kehkehkeh.
DUN saya mengundi....DUN SELISING,PARLIMEN WHITE SAND
addthis_url = 'http://isuhangat.blogspot.com/2008/02/dun-pilihanraya-ke-12-mac-2008.html';
addthis_title = 'DUN PILIHANRAYA KE-12. MAC 2008'
addthis_pub = '';


0 comments »

Rabu, 4 Mac 2009

Pengurusan SKTPP terpaksa guna dua kabin dijadikan bilik darjah

DENGKIL: Berdasarkan infrastruktur yang dimiliki, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) di Puchong, dekat sini, hanya mampu menampung kira-kira 1,000 murid. Bagaimanapun, peningkatan dalam jumlah penduduk di kawasan itu menyebabkan ia kini menjadi sekolah kepada lebih 2,000 pelajar, sekali gus menyebabkan berlaku kekurangan bilik darjah dan sekolah menjadi sesak.
Berikutan itu, sebahagian pelajar terpaksa mengikuti sesi pelajaran mereka dalam dua kabin yang dijadikan kelas sementara dalam keadaan panas dan kurang selesa berikutan setiap kelas dipenuhi lebih 40 pelajar. Kawasan berbumbung yang sebelum ini adalah tempat letak basikal pelajar juga terpaksa dikosongkan untuk dijadikan tempat perhimpunan menyebabkan mereka terpaksa meletakkan basikal di tempat lain. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Shaharuddin Ajam, berkata pada masa ini, SKTPP mempunyai 2,517 murid berikutan berlaku pertambahan mendadak murid kerana banyak kawasan perumahan baru wujud di sekitarnya seperti Taman Putra Perdana, Taman La Cottage, Nusa Putra dan Aman Putra.
GURU kelas Tahun 1 Cemerlang, Jamilah Mohd Yusof terpaksa kendalikan 45 pelajar di kelasnya.
"Disebabkan terlalu ramai murid, aktiviti kokurikulum sukar dijalankan kerana sekolah tidak mempunyai kawasan sesuai termasuk padang yang tidak sempurna. "Sebahagian murid terpaksa mengikuti pembelajaran mereka di empat kelas dalam dua kabin yang dibekalkan Kementerian Pelajaran sebagai bangunan sementara," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Shaharuddin berkata, bangunan empat blok sekolah berkenaan tidak mencukupi untuk menampung murid yang terlalu ramai dan mencadangkan sekolah baru dibina di kawasan berkenaan untuk mengatasi masalah itu. Beliau mendakwa, PIBG sudah menghantar surat kepada Kementerian Pelajaran berhubung perkara itu tetapi belum ada tindakan lanjut. Sekolah itu dibuka pada 2003.
Sekolah rendah yang paling hampir dengan SKTPP ialah Sekolah Kebangsaan Puchong Utama, lima kilometer dari situ. Sehubungan itu, katanya, pihak pengurusan sekolah terpaksa membuka antara enam hingga 12 kelas untuk menempatkan murid Tahun Satu hingga Enam dengan purata 40 pelajar setiap kelas. "Sekolah juga terpaksa membuka dua sesi persekolahan iaitu Tahun Satu, Lima dan Enam pada sebelah pagi manakala Tahun Dua, Tiga dan Empat pada sebelah petang. "Malah, waktu rehat murid juga terpaksa diadakan sebanyak empat sesi masing-masing dua untuk sesi pagi dan sesi petang," katanya. Tinjauan Berita Harian ketika waktu rehat mendapati, keadaan di kantin sekolah itu juga sesak walaupun ketika itu hanya pelajar Tahun Lima dan Enam yang memenuhi kantin. Sekolah itu juga tidak mempunyai kemudahan seperti dewan tertutup. Sementara itu, ibu seorang pelajar, Wan Saleha Wan Hassan, 48, berkata bilangan murid yang ramai di sekolah itu menyebabkan anak mereka belajar dalam keadaan tidak selesa, selain tidak dapat melakukan kegiatan kokurikulum selepas waktu persekolahan dengan sempurna. "Saya sedih melihat kekurangan di sekolah ini berikutan jumlah murid yang terlalu ramai, sekali gus merencatkan pelbagai aktiviti murid yang memberi kesan jangka panjang kepada mereka," katanya. "Kami berharap sekolah baru segera dibina di kawasan ini memandangkan lebih ramai penduduk akan berpindah ke sini, malah saya difahamkan lebih 500 murid sudah didaftarkan untuk memasuki Tahun Satu bagi sesi tahun depan," katanya.

Ahad, 1 Mac 2009

CIKGU HASHIM CALON UMNO SELISING - PRU KE 12 ( 2008 )


Perkahwinan




TAN SRI ANUAR MUSA.......

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (gambar) dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur yang disampaikan kepada pihak pentadbiran tertinggi Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (www.kelate.net) merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasihnya dan pasukan The Red Warriors kepada semua penyokong setia bola sepak Kelantan.
Ujarnya, sokongan yang tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh penyokong setia Kelantan amat diperlukan bagi memastikan Kelantan terus mara dengan lebih perkasa lagi.
“ Martabat dan maruah bola sepak Kelantan akan terus kita perjuangkan habis-habisan “ ujarnya secara ringkas.
Tan Sri Presiden KAFA juga berharap sokongan peminat dan penyokong Kelantan tidak akan luntur kerana kita akan bertemu pasukan UPB/MyTeam Selasa ini (lusa) pada peringkat suku akhir pertama Piala FA sambil membayangkan bersedia bertemu Selangor sekali lagi bulan April nanti.