Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (gambar) dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur yang disampaikan kepada pihak pentadbiran tertinggi Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (www.kelate.net) merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasihnya dan pasukan The Red Warriors kepada semua penyokong setia bola sepak Kelantan.
Ujarnya, sokongan yang tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh penyokong setia Kelantan amat diperlukan bagi memastikan Kelantan terus mara dengan lebih perkasa lagi.
“ Martabat dan maruah bola sepak Kelantan akan terus kita perjuangkan habis-habisan “ ujarnya secara ringkas.
Tan Sri Presiden KAFA juga berharap sokongan peminat dan penyokong Kelantan tidak akan luntur kerana kita akan bertemu pasukan UPB/MyTeam Selasa ini (lusa) pada peringkat suku akhir pertama Piala FA sambil membayangkan bersedia bertemu Selangor sekali lagi bulan April nanti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan