Jumaat, 10 April 2009

BOLA KELATE 2

Liga M: Kelantan 'ugut' tarik diri




MUNGKIN ada yang mahu melihat bola sepak di Kelantan mati.
Demikian kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang tidak menolak kemungkinan pasukan itu terpaksa menarik diri daripada saingan Liga Malay- sia (Liga M).

Menurutnya, perkara tersebut tidak mustahil sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih tetap dengan hukuman melarang pasukan tersebut beraksi di gelanggang sendiri hingga penghujung musim ini.

Mana tidaknya, Kafa hanya bergantung sepenuhnya kepada kutipan tiket dan sekiranya beraksi di gelanggang berkecuali, persatuan itu terpaksa menanggung kerugian sekurang-kurangnya RM2 juta.

"Kutipan tiket merupakan 'talian hayat' kepada pasukan Kelantan untuk menampung segala perbelanjaan termasuk pembayaran gaji pemain serta pegawai.

"Setiap kali perlawanan di gelanggang sendiri, kita mendapat kutipan di antara RM100,000 hingga RM200,000. Kita akan terlepas kira-kira 15 perlawanan sepanjang musim ini termasuk dua perlawanan persahabatan antarabangsa.

"Jika dikira, Kelantan akan mengalami kerugian sebanyak RM2 juta, ini adalah nyawa bagi kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat seorang pelajar, Mohd. Huzaifah Mohd. Nor, 18, di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam. Turut melawat mangsa ialah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


ANNUAR (kanan) bersalaman dengan Nik Aziz ketika melawat Huzaifah di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam.


Mohd. Huzaifah hilang penglihatan kekal apabila mata kanannya dikatakan terkena serpihan kelongsong gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, Selasa lalu.

Kelmarin, FAM mendenda Kafa lebih RM100,000 dan pasukan Kelantan dilarang beraksi di stadium tersebut hingga 31 Disember depan ekoran tindakan penyokongnya yang merusuh pada perlawanan separuh akhir Piala FA menen- tang Negeri Sembilan, Selasa lalu.

Annuar berkata, Kafa tidak akan merayu kepada FAM tetapi beliau akan memberikan penjelasan dengan lengkap pada mesyuarat majlis badan induk tersebut hari ini.

"Setakat ini tidak berbangkit soal merayu, FAM sudah membuat keputusan bahawa bola sepak tidak dimainkan di Kelantan hingga 31 Disember. 'Tahniah' kepada FAM kerana cepat membuat keputusan," ujarnya.

Beliau meminta pihak berwajib membuat penyiasatan terperinci sebelum membuat sebarang kesimpulan dan keputusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan