Jumaat, 10 April 2009

BOLA KELATE 3

'Dia jatuhkan maruah saya depan penyokong'




"SAYA tidak akan minta maaf, bukan saya tetapi dia yang mulakan dulu. Dia menjatuhkan maruah saya di depan lebih 20,000 penyokong."

Itu kenyataan penjaga gol 'panas baran' Kelantan, Halim Napi (gambar) yang hampir tiga hari berdiam diri selepas insiden pergaduhan antara dia dan pemain pertahanan, Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Radzak pada aksi separuh akhir pertama Piala FA, Selasa lalu.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Aidil Zafuan kepada sebuah akhbar tempatan dua hari lalu yang menjelaskan apa sebenarnya berlaku adalah tidak tepat dan tidak benar.

"Dia (Aidil) bohong. Tak logik kalau saya serang dia semata-mata kerana dia cakap pada saya 'main bola bukan kaki'. Bukan itu yang diucapkannya.

"Dia melemparkan kata-kata kesat pada saya dan menggunakan isyarat yang menghina saya. Semua penyokong nampak dan anda boleh tanya mereka semua," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Tambahnya, sebagai pemain muda dan kebangsaan, Aidil sepatutnya tahu dan belajar cara menghormati orang lain dan bukan bersikap kurang ajar.

Kata Halim, dia tiada niat untuk mencetuskan semangat penyokong sehingga menyebabkan berlaku rusuhan di luar stadium dan merosakkan harta benda termasuk kenderaan polis.

"Saya nak jadi pemain yang baik, sebab itu saya sabar dan tidak buat apa-apa yang memalukan pasukan sepanjang 90 minit perlawanan.

"Ini bukan kerana saya Halim Napi yang terkenal dengan panas baran tetapi saya fikir, jika anda berada di tempat saya, anda juga tidak boleh menerima penghinaan itu," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai insiden pertembungan antara dia dan penyerang Negeri Sembilan, Zaquan Adha Radzak sehingga menyebabkan Aidil meluru kepadanya dan memarahinya, Halim menjelaskan: "Itu adalah profesional foul, saya tidak mengasarinya. Aidil yang tidak profesional kerana mengeluarkan kata-kata kesat."

"Setiap kali perlawanan di gelanggang sendiri, kita mendapat kutipan di antara RM100,000 hingga RM200,000. Kita akan terlepas kira-kira 15 perlawanan sepanjang musim ini termasuk dua perlawanan persahabatan antarabangsa.

"Jika dikira, Kelantan akan mengalami kerugian sebanyak RM2 juta, ini adalah nyawa bagi kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat seorang pelajar, Mohd. Huzaifah Mohd. Nor, 18, di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam. Turut melawat mangsa ialah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


ANNUAR (kanan) bersalaman dengan Nik Aziz ketika melawat Huzaifah di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam.


Mohd. Huzaifah hilang penglihatan kekal apabila mata kanannya dikatakan terkena serpihan kelongsong gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, Selasa lalu.

Kelmarin, FAM mendenda Kafa lebih RM100,000 dan pasukan Kelantan dilarang beraksi di stadium tersebut hingga 31 Disember depan ekoran tindakan penyokongnya yang merusuh pada perlawanan separuh akhir Piala FA menen- tang Negeri Sembilan, Selasa lalu.

Annuar berkata, Kafa tidak akan merayu kepada FAM tetapi beliau akan memberikan penjelasan dengan lengkap pada mesyuarat majlis badan induk tersebut hari ini.

"Setakat ini tidak berbangkit soal merayu, FAM sudah membuat keputusan bahawa bola sepak tidak dimainkan di Kelantan hingga 31 Disember. 'Tahniah' kepada FAM kerana cepat membuat keputusan," ujarnya.

Beliau meminta pihak berwajib membuat penyiasatan terperinci sebelum membuat sebarang kesimpulan dan keputusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan