Isnin, 31 Ogos 2009

CARA MENYEDIAKAN CHAR KUEH TIEW

Bahan-bahan:

=========

1. Kueh Teow 1 bungkus (cukup untuk 5 org mkn) 80sen (SGD 0.35)

2. Bawang putih dipotong dadu/atau diblend (satu sudu besar)

3. Cili kering (di blend, satu sudu besar) atau cili boh pun boleh..

4. Udang basah (1 - 2 ekor)

5. Kerang (100 - 300 gram) direbus dahulu (optional)

6. Kicap manis (1/2 sudu besar atau 1.5ml)

7. Kicap masin (1/2 sudu besar atau 1.5ml)

8. Kicap pekat (1/2 sudu besar atau 1.5ml)

9. Sos Nampla atau sos ikan/sotong (1/2 sudu besar atau 1.5 ml) - optional

10. Garam (1/5 sudu besar atau 1/2 sudu kecil)

11. Telor ayam (1 biji) - dipecah dan dikacau di dalam bekas kecil.

12. Taugeh (30 sen (SGD 0.10) sahaja tetapi pakai 1/5 bahagian sahaja)

13. Sayur Kuchai (optional) pakai sedikit sahaja

14. Minyak memasak sayuran (1-2 sudu besar)

15. Air (secawan)

16. Secubit belacan (shrimp paste)


Kaedah Memasak: (10-15 minit)

======================

1. Panaskan kuali dan letakkan minyak memasak. Gunakan api yang sederhana.

2. Masukkan bawang putih, cili yg di blend(kisar), dan udang basah.

3. Kemudian masukkan kicap-kicap manis, masin, pekat dan sos nampla serta belacan.

4. Kacau campuran itu tadi hingga sebati dan kemudian masukkan air.

5. Biarkan hingga campuran mendidih dan kemudian masukkan telor.

6. Kacaukan kuah itu tadi sehingga telor hancur. Masukkan 5 ketul kerang rebus tadi.

7. Masukkan garam, kueh teow (satu genggam sahaja), sayur kuchai dan juga taugeh.

8. Biarkan ramuan serasi selama 1 minit dan kemudian boleh dihidangkan panas.

9. That's all. Pasti nak buat lagi!

Jumlah Kalori: tak banyak macam satu lori..hehehehhe!

Khasiat: Protein ada, fibre ada, karbohidrat ada, kholesterol..sedikit jer. Lemak pun ada.

Pengumuman: Kurangkan garam jika nak sihat, tiada kencing manis.


Bahan nak Buat Kicap

Air Rebusan Udang
Sedikit sos ikan
Gula Melaka
Kicap Cair
Kicap Masin
Sos Tiram
(masak kesemuanya sekali sehingga menjadi satu pekatan kicap)

Bahan nak buat Pes Cili

Isi Udang yang dah diblend
Cili Kering yang dikisar
Bawang Putih yang dikisar
Sedikit bawang besar dikisar
Garam
Gula
Pak aji
Sedikit minyak
(tumis bawang putih,bawang merah,cili Kering, Udang) sehingga menjadi mcm cili boh

p/s - sukatan agak2 lar yek....

nah dah siap, taraa...

Back to top
View user's profile Send private message

Tiada ulasan:

Catat Ulasan