Isnin, 31 Ogos 2009

CATATAN HARIAN P/RAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH...OGOS 2008

10.00 malam: Keputusan rasmi, ANWAR MENANG dengan majoriti 15,671 apabila mengumpulkan 31,195 undi dengan menewaskan Arif Shah yang hanya memperoleh 15,524, manakala Hanafi hilang wang pertaruhan apabila memungut undi sebanyak 92.
8.36 malam: Anwar dilaporkan menang dengan undi 31,949 menewaskan Arif Shah yang hanya mendapat 14,297 dengan majoriti 17,652.
8.08 malam: Anwar dilaporkan menang di semua pusat mengundi dengan hanya menunggu keputusan rasmi untuk mengesahkan kemenangan itu. Anwar memperoleh 16,101 undi, manakala Arif Shah hanya 6,071.
5.40 petang: Sepanjang tempoh mengundi bermula 8 pagi hingga 4 petang tadi, peratusan keluar mengundi mencecah 63.75 peratus atau 37,035 daripada 58,459 pengundi. Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata, jumlah keseluruhan keluar mengundi sedang dikira, manakala pengiraan semua kertas undi dibuat di 110 saluran sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun di Mengkuang dengan keputusan dijangka diketahui antara 9.30 malam hingga 10.30 malam ini.
5.30 petang: Kiraan undi akan bermula jam 6.30 petang. Pemimpin kanan PKR menjangkakan Anwar bakal mempertahankan kerusi PKR itu dengan majoriti 18,000.
5.00 petang: Tempoh mengundi tamat dan pusat pengundian ditutup. Penyokong mula berkumpul di pusat penjumlahan undi di dewan Institut Perguruan Tuanku Bainun, Permatang Pauh.
4.45 petang: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, difahamkan meninggalkan Pulau Pinang untuk kembali ke Kuala Lumpur yang menjadi petanda beliau sudah mengakui kekalahan dan tidak mempunyai sebab untuk terus berada di kawasan terbabit, lapor Malaysiakini.
4.25 petang: SPR mengesahkan peratusan keluar mengundi sudah pun melepasi 51 peratus pada jam 3 petang tadi.
3.30 petang: SPR mengesahkan peratusan keluar mengundi masih pada tahap rendah apabila hanya 48.44 peratus atau 28,317 daripada 58,459 pengundi yang keluar mengundi sehingga jam 2 petang tadi dengan baki masa yang ada hanya sejam setengah lagi, lapor Bernama.
3.00 petang: Ekoran kesesakan lalu lintas, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, cadangkan pengundi datang ke pusat pengundian dengan bermotosikal.
1.30 petang: Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Superintendan Shaharon Anuar Abdul Latif, mengesahkan penyokong PKR ditahan polis mengikut Seksyen 186 kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas di kawasan bawah jejantas di Seri Penanti, jam 10.50 pagi tadi, lapor Berita Harian.
1.00 petang: Peratusan keluar mengundi sudah melepasi 50 peratus.
1.00 petang: Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menyambut ulang tahun ke-59nya hari ini dan secara sinis menyifatkan cuti umum yang diberikan kerajaan negeri sempena piihan raya kecil di Permatang Pauh sebagai hadiah kepadanya.
12.15 tengah hari: Seramai 17,911 pemilih berdaftar membuang undi sehingga jam 11 pagi tadi dengan peratusan mencatatkan 30.6 peratus.
12.00 tengah hari: Permatang Pauh disimbah hujan. Ramalan cuaca tepat. Ramalan pilihan raya?
11.30 pagi: Trivia - sekiranya anda menekan P44 tanpa melepaskan kunci shift, perkataan yang keluar ialah P$$.
10.30 pagi: Malaysiakini melaporkan seorang penyokong PKR ditahan atas tuduhan membaling objek ke arah bahagian BN di pusat mengundi SK Seri Menanti. Kira-kira 1,000 penyokong dua belah pihak masih di sekolah itu dengan nisbah PKR kepada BN ialah 3:2. Sekurang-kurangnya sembilan trak FRU ditempatkan sebagai langkah berjaga-jaga.
10.30 pagi:
Arif Shah: “Saya juga menjalankan tanggungjawab saya sebagai pengundi. Pagi ini saya rasa selesa dan tenang serta yakin beroleh kemenangan.”
Anwar Ibrahim: “Saya harap dapat mengangkat sumpah di Parlimen, esok. Kami masuk ke Parlimen dengan agenda yang jelas dan mereka (BN) harus sedar terhadap realiti yang berlaku hari ini.”

10.00 pagi: Anwar dan Wan Azizah meninggalkan pusat mengundi.
9.43 pagi:
Mengenakan kemeja biru dan songkok serta ditemani isterinya, Anwar membuang undi di SK Seri Menanti bersama-sama Wan Azizah.
9.38 pagi: Anwar tiba di SK Sri Menanti.
9.35 pagi: Malaysiakini melaporkan hampir kesemua pengundi menggunakan pondok panas PKR. Pintu keluar pusat mengundi pula menunjukkan sembilan daripada 10 pengundi memilih Anwar.
8.45 pagi: Penyokong BN dan Pakatan Rakyat (PR) mula berkumpul di SK Seri Menanti, tempat Anwar membuang undi. Sindir-menyindir mula berterbangan antara dua kumpulan. Lagu liwat dan nama Altantuya saling bersimpang-siur.
8.08 pagi: Arif Shah membuang undi.
8.00 pagi: 25 pusat mengundi mula dibuka dengan 110 saluran.
7.50 pagi: Arif Shah tiba diiringi isterinya, Datin Latifah Asmawi dan anaknya, Izwan Shah, di SK Seberang Jaya II, Lengkok Tenggiri untuk mengundi. Mereka tiba dengan berjalan dari rumah yang berdekatan dengan pusat mengundi. Arif Shah mengenakan baju putih dan bersongkok.

Calon:
Datuk Arif Shah Omar Shah (Barisan Nasional-BN)
Datuk Seri Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat-PKR)
Hanafi Mamat (Angkatan Keadilan Insan Malaysia-Akim)

Keputusan Pilihan Raya Umum 2004
Datuk Pirdaus Ismail (BN) - 16,950
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - 30,338

Pengundi berdaftar: 58,459 (Melayu-40,024; Cina-14,490; India-3,715; Lain-lain-228)

Pusat penjumlahan undi: Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang
Daerah mengundi: DUN Seberang Jaya (9); DUN Permatang Pasir (9); Dun Penanti (10)
Waktu mengundi: 8 pagi hingga 5 petang
Pusat mengundi:-
Seberang Jaya: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya II Lengkok Tenggiri, SK Permatang Tok Kandu, SMK Pauh Jaya Taman Pauh, SK Seberang Jaya Persiaran Siakap, SK Jalan Baharu, SMK Permatang Rawa dan SMK Tun Hussein Onn
Permatang Pasir: SMK Sama Gagah, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indera Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah dan SJKC Lay Keow Permatang Pauh
Penanti: SMK Guar Perahu, SK Guar Perahu, Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon Ara Kuda, SK Mengkuang, SJKC Perkampungan Sungai Lembu, SMK Mengkuang, SMK Penanti, SK Tanah Liat, serta SJKC Jit Sin (A)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan