Isnin, 31 Ogos 2009

SEKILAS CATATAN KECIL PRU-12

# 12.55 pagi - Bila kali terakhir kau lihat warna-warni pelangi dalam keputusan pilihan raya? Pas mengekalkan kuasa di Kelantan dengan 40 kerusi DUN. DAP, PKR dan Pas bakal membentuk kerajaan bersama. Pembangkang sedang mengambil kemenangan di Kedah. Pembangkang dalam landasan yang baik untuk menang. Selangor, mungkin Dr Khir Toyo akan jadi ketua pembangkang dalam DUN. Melaka dan Perlis, BN dapat membentuk kerajaan dengan majoriti paling mudah, masing-masing 15 dan 8 kerusi.

# 11.51 malam - Parlimen Kota Melaka dirampas balik oleh DAP. Begitu juga Dun Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir dalam Parlimen itu, manakala BN kekal di Duyong serta Teluk Mas.

# 10.46 malam - PM dan TPM tak dapat membantu Sharizat di Lembah Pantai apabila kalah di kerusi Parlimen itu.

# 10.42 malam - Apakah sebenarnya yang mengalahkan Samy Vellu? Pengundi India yang tidak puas hati atau pengguna lebuh raya yang makan hati?

# 9.59 malam - Antara gergasi yang dikatakan tumbang ialah Koh Tsu Koon, S Samy Vellu, Kaevyes dan Sharizat.

# 9.23 malam - Keputusan tidak rasmi: Dun Meranti dan Air Lanas menjadikan kerusi Pas di Kelantan sebanyak 27, manakala Parlimen Kota Bharu, Rantau Panjang, Ketereh serta Kuala Kerai dimenangi Pas.

# 9.19 malam - BN menang empat kerusi DUN di Melaka.

# 9.07 malam - PAS KEKAL DI KELANTAN APABILA MENYAMAI KERUSI ASAL 24.

# 8.56 malam - S: Tengku Adnan menang di Putrajaya? J: Correct! Correct! Correct!

# 8.45 malam - Keputusan tidak rasmi: Dun Kota Lama, Bunut Payung dan Guchil dimenangi Pas.

# 8.37 malam - Penasihat DAP, Lim Kit Siang dakwa parti itu menang 14 parlimen dan dua DUN di seluruh negara.

# 8.22 malam - Keputusan tidak rasmi: Kerusi Kelaboran dan Gual Periok, Kelantan menjadi Dun ke-20 dan ke-21 milik Pas.

# 8.19 malam - Keputusan rasmi pertama dari SPR di TV3: BN menang di Parlimen Julau, Sarawak.

# 8.17 malam - Keputusan tidak rasmi: 19 Kerusi Dun di Kelantan dimenangi Pas dengan yang terbaru, Limbongan, Semerak dan Gaal.

# 8.12 malam - Keputusan tidak rasmi: Pas menang di sembilan kerusi di Kelantan: Dun Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Chempaka, Panchor, Tanjung Mas, Salor, Pasir Tumboh, Demit dan Kadok.

# 8.08 malam - RTM melaporkan BN menang di Parlimen Lawas, Sarawak.

# 8.04 malam - Keputusan tidak rasmi, DAP memerlukan empat kerusi untuk merampas Pulau Pinang apabila kini dilaporkan memenangi 17 daripada 40 kerusi.

# 7.56 malam - Jeff Ooi dalam keputusan tidak rasmi menjadi blogger pertama memenangi pilihan raya apabila DAP menang di Parlimen Jelutong.

# 7.51 malam - Kenyataan tidak rasmi daripada Setiausaha Akhbar Presiden Pas, Roslan Shahir Mohd Shahir, Pas kekal di Kelantan dengan mempertahankan 31 daripada 45 kerusi, manakala calon MB Kelantan daripada BN, Datuk Awang Adek Hussein, tumbang di Parlimen Bachok.

# 7.39 malam - Dua calon DAP, masing-masing di Parlimen Batu, Tian Chua dan Parlimen Petaling Jaya Utara (Tony Pua) mendahului lawan dengan Tony berkemungkinan menang.

# 7.30 malam - RTM melaporkan BN menang di P175 Papar, manakala keputusan tidak rasmi di N48 Kota Alam Shah, calon DAP, M Manoharan yang ditahan di bawah ISA susulan insiden demonstrasi Hindraf, menang.

# 7.20 malam - Peratusan keluar mengundi di seluruh negara 70 peratus, manakala Kelantan mencatat peratusan tertinggi sebanyak 81 peratus dan Terengganu (79 peratus). Peratusan terendah ialah di Wilayah Persekutuan Labuan, 59 peratus. Kenyataan media daripada Pengerusi SPR secara langsung di televisyen.

# 5 petang - Pusat pengundian ditutup di seluruh negara. Kecuali di tiga lokasi Parlimen Ranjang apabila bot SPR terbalik dihentak arus; saluran bergerak Uma Sekapan Piit untuk 101 pengundi ditunda esok, bermula 10 pagi hingga 11.30 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan